Tuesday, 4 October 2016

Sejarah dan latar belakang Backpackers

Backpacker adalah satu istilah bagi "a hiker that wears a backpack". Tapi dalam erti lain, backpackers adalah seorang yang selalu berpindah randah. Backpackers amatlah mudah untuk dikenal pasti. Ianya bagi seseorang yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kini, istilah backpackers mula kembali terkenal dan manusia mula melakukan aktiviti mengembara.

Antara contoh yang mudah, di Malaysia kini mula terkenal dengan istilah backpackers dimana manusia mula mengembara atau melakukan aktiviti hiking. Seperti contoh, mendaki bukit broga. Ini adalah untuk memuaskan hati mereka dengan memperlihatkan permandangan indah dan menghargai keindahan alam.

Namun, bagi sejarah backpackers pula, mereka telah diperkenal kan dari tahun 1960-an dan 70-an. ketika ini backpackers telah pun muncul, Giovanni Francesco Gemelli Careri telah dikenal pasti sebagai salah satu backpackers pertama di dunia. 


Giovanni Francesco Gemelli Careri (1651-1725)
Giovanni merupakan pengembara yang berasal dari itali. Cerita bagaimana beliau menjadi backpackers pertama ialah pada tahun 1696 dimana beliau mengembara dari italy ke mexico. Ini merupakan sedikit sebanyak tentang kemunculan backpackers pada tahun 1960-an

2 comments: